KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Khamis ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad yang mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada 17 Mei ini bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiar Radio Televisyen Malaysia. – MalaysiaGazette