Home Dunia 1MDB: Singapura sedia hulur bantuan kepada Malaysia

1MDB: Singapura sedia hulur bantuan kepada Malaysia

1MDB

SINGAPURA – Pihak berkuasa singapura bersedia membantu Malaysia berhubung transaksi berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) dalam kenyataan hari ini.

“Pihak berkuasa Singapura telah bekerjasama secara meluas permintaan maklumat berhubung transaksi berkaitan 1MDB dengan rakan mereka di Malaysia sebelum ini dan bersedia untk memberi bantuan seterusnya.

“Singapura juga telah mengambil tindakan segera terhadap institusi-institusi kewangan dan individu-individu yang melanggar undang-undang dalam bidang kuasa kami berkaitan aliran dana 1MDB,” kata kedua-dua agensi itu dalam kenyataan bersama bagi mengulas pertanyaan media.

Ia dilakukan selepas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata bahawa beliau menjangka pendakwaraya akan mempunyai kes untuk mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap dakwaan rasuah pada dana !MDB.

Semalam, Laporan Pengauditan 1MDB telah dikelaskan semula sebagai dokumen terbuka.

Sejumlah AS$4.5 bilion dana 1MDB didakwa tekah disalahgunakan.

Sementara itu, dalang kemelut 1MDB, Low Taek Jho atao Jho Low yang masih lagi bebas dipercayai berada di China atau Thailand, lapor Straits Times.

MAS telah mendenda lapan bank berjumlah S$29.1 juta manakala bank persendirian Switzerland, BSI dan Falcon yang beroperasi di Singapura diarah ditutup selain beberapa invididu telah dipenjara selepas siasatan aliran dana 1MD selama dua tahun dilakukan. – Agensi