SINGAPURA – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini disebabkan bekalan yang meningkat walaupun pengurangan pengeluaran oleh OPEC masih dilaksanakan.
Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, berada pada AS$78.07 setong turun 0.5 peratus berbanding hari penutup.
Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$ 71.02 setong susut 0.4 peratus.
Meskipun berlaku penyusutan tetapi penanda aras bagi kedua-duanya masih menghampiri harga tertinggi masing-masing AS$79.47 dan AS$71.92, yang dicapai beberapa hari lalu. – MalaysiaGazette