Home Nasional Polis masih berada di kediaman Najib

Polis masih berada di kediaman Najib

Beberapa anggota polis bersenjata mengawal laluan utama ke rumah Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 16 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Peguam kepada bekas Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak iaitu Datuk Harpal Singh Grewaĺ berkata, polis telah sedang menggeledah kediamam Ahli Parlimen Pekan itu sejak malam tadi.

Beliau bercakap kepada media yang menunggu 100 meter dari premis kediaman Najib sekitar pukul 4 pagi.

“Polis tidak merampas atau mengambil apa-apa dokumen. Sejak tengah malam tadi mereka sedang menggeledah seluruh rumah.

“Mereka hanya mengambil barang barang peribadi seperti beg tangan dan sebagainya. Saya rasa ia akan mengambil beberapa jam untuk mereka selesaikan,”katanya.

Namun sehingga 9 pagi tadi masih belum ada tanda-tanda sebarang tangkapan akan dilakukan.

Tetapi, tiada kelibat polis yang keluar dari kediaman Najib setakat ini dan  difahamkan mereka masih berada di dalam premis itu

Malam tadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh mengesahkan sepasukan polis telah menyerbu kediaman Najib di Taman Duta serta empat lagi premis yang dikaitkan dengannya.

Mereka telah membawa keluar beberapa kotak dipercayai dokumen berprofil tinggi berkaitan siasatan 1MDB. – MalaysiaGazette