Home Nasional Abu Kassim jumpa Perdana Menteri

Abu Kassim jumpa Perdana Menteri

Abu Kassim meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2018.
Abu Kassim Mohamed

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan beliau hadir ke pejabat Perdana Menteri untuk menjawab beberapa soalan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tan Sri Abu Kassim Mohamed turut memberikan pandangannya terhadap beberapa perkara terkini.

Walau bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Perjumpaan dia (Dr Mahathir) tanya beberapa soalan, saya jawab tentang banyak benda, yang berkaitan dengan dia nak tahu.

“Saya nyatakan saya punya pandangan tentang perkara tertentu,” katanya kepada pemberita ketika meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana pada 10:10 pagi.

Beliau tiba di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana lebih kurang 8.24 pagi tadi.

Abu Kassim dalam masa sama enggan mengulas spekulasi pelantikan semula beliau di SPRM.

“Saya tidak mahu cakap benda-benda tu (pelantikan semula). Biar PM buat pengumuman saya tidak mahu cakap tentang perkara itu,” ujarnya.

Nama Abu Kassim disebut-sebut mengisi jawatan tertinggi SPRM selepas Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya dan kembali semula ke  Jabatan Peguam Negara. – MalaysiaGazette