Home Seni Hidup Asam pedas tarikan di Hotel Grand Paragon

Asam pedas tarikan di Hotel Grand Paragon

Pelbagai jenis ikan yang boleh dipilih untuk juadah asam pedas apabila berbuka puasa di Hotel Grand Paragon.
Pelbagai jenis ikan yang boleh dipilih untuk juadah asam pedas apabila berbuka puasa di Hotel Grand Paragon.

JOHOR BAHRU – Barangkali soal memilih juadah untuk berbuka puasa di bulan Ramadan tidak lagi menjadi masalah ketika ini.

Selain dapat membeli di bazar-bazar yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, banyak hotel di Malaysia turut menyediakan juadah yang menarik bagi seisi keluarga berbuka puasa.

Antaranya Hotel Grand Paragon di sini apabila telah membuat persediaan rapi menyiapkan juadah yang menarik sebulan lalu sebelum menjelang Ramadhan.

Pelbagai jenis lauk pauk yang pasti menarik selera anda yang tertunggu-tunggu tradisi tahunan setiap datangnya penghulu bulan ini.

Menu shellout juga disediakan.
Menu shellout juga disediakan.

Lebih dari 150 jenis masakan dan hidangan berbuka puasa disediaka jika anda ke Hotel Grand Paragon untuk memilih juadah dengan harga istimewa.

Juadah yang tersedia memenuhi selera dari golongan kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa yang akan membuat anda merasa untuk datang buat kali kedua bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke hotel ini untuk berbuka puasa.

Menurut  Chef Faudleen Hamidy, bagi tetamu yang gemar dengan lauk asam pedas pasti tidak pulang dengan rasa kecewa.

Lebih dari 150 jenis masakan dan hidangan disediakan oleh Chef Faudleen Hamidy (tengah) di Hotel Grand Paragon Johor Bahru.

Beliau yang bertugas selama lapan tahun dan pakar memasak  lauk asam pedas berkata, ini kerana rasa yang masakan itu yang lain daripada yang lain.

“Saya perhatikan mereka yang pertama sekali datang untuk merasa asam pedas ini akan  berkunjung lagi. Bila saya tanya mereka, mereka berkata asam pedas ini lain dari yang lain.

“Bukan sahaja satu jenis ikan sebagai inti asam pedas namun erdapat berbagai jenis ikan. Kami juga menyediakan pelbagai jenis ikan yang boleh dipilih,’’ kata Faudleen lagi.

Menu asam pedas yang mendapat sambutan hebat sepanjang Ramadan.
Menu asam pedas yang mendapat sambutan hebat sepanjang Ramadan.

Selain, beliau memberitahu, terdapat juga sup merah (sup tulang merah) yang amat popular di hotel ini.

Katanya, turut disediakan ialah kurma telur, gulai daging kawa, nasi ambeng dan nasi arab kambing.

“Buat pengemar shellout juga ada disini. Kalau anda suka dengan durian, hotel ini juga turut menyediakan durian goreng yang memang menjadi daya tarikan istimewa setiap bulan puasa,” katanya lagi.

Pakej penginapan termasuk berbuka puasa dan bersahur turut disediakan.
Pakej penginapan termasuk berbuka puasa dan bersahur turut disediakan.

Sementara itu, sepanjang Ramadan ini, Hotel Grand Paragon menawarkan harga istimewa kepada pengunjung yang ingin menikmati berbagai jenis hidangan masakan dengan harga RM118 untuk dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak yang berusia 5 hingga 12 tahun.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi talian 07-268 5255 /5252/5329 atau email ke [email protected]

Pada masa sama, pakej penginapan juga disediakan kepada tetamu yang ingin bermalam dua hari satu malam untuk dua orang di hotel sambil bersahur dan berbuka puasa dengan harga hanya RM416 nett.

Bagi yang berminat dengan pakej penginapan itu, hubungi 07-268 5222 atau email ke [email protected]  – MalaysiaGazette

Hotel Grand Paragon Johor Bahru menawarkan harga istimewa kepada pengunjung yang ingin menikmati berbagai jenis hidangan masakan.