Home Nasional Kerajaan baharu perlu beri NGO kebebasan bersuara

Kerajaan baharu perlu beri NGO kebebasan bersuara

Presiden Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu membebaskan NGO daripada mewakili rakyat untuk bersuara dalam hal-hal tertentu.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, matlamat utama ditubuhkan badan bukan kerajaan itu adalah untuk membantu rakyat menyuarakan perkara-perkara yang tersasar dengan lebih banyak membuat program beragendakan politik.

Malah, beliau turut berharap agar agenda memperkasakan usahawan kecil dan sederhana perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar mereka tidak merasa tertindas akibat kos sara hidup yang semakin menekan.

“Hak rakyat untuk berpersatuan dan berpolitik seperti mana dalam Pelembagaan perlu dipulihkan sepenuhnya oleh kerajaan baharu.

“Hari ini dengan tertubuhnya kerajaan Pakatan Harapan, besarlah harapan saya serta peniaga-peniaga tidak lagi dikenakan berbagai sekatan sehingga ada perniaga yang gulung tikar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Ridzuan yang juga Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) menegaskan agar kerajaan memperjuangkan nasib golongan peniaga agar tidak disekat, ditekan oleh segelintir anggota agensi kerajaan yang menggunakan kuasa untuk menghancurkan ekonomi mereka. – MalaysiaGazette