TOKYO – Sebuah syarikat kereta api Jepun telah meminta maaf setelah salah satu keretapinya berlepas 25 saat lebih awal dan menyifatkan kesilapan itu adalah ‘tidak boleh dimaafkan’.
West Japan Railways (JR West) dalam kenyataan itu pada Jumaat lepas (11 Mei) selepas kereta api di Stesen Notogawa, Shiga Prefecture, yang sedang berlepas di Biwako Line, tersilap meninggalkan platform pada 7.11.35 pagi, menurut Jepun SoraNews24.
Ini bermakna keretapi berlepas 25 saat lebih awal daripada waktu sepatutnya iaitu 7.12 pagi.
“Kesulitan kepada para pelanggan kami adalah tidak boleh dimaafkan,” kata JR West dalam kenyataannya.
Jepun adalah negara yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan awamnya pada waktu yang tepat.
Menurut SoraNews24, konduktor keretapi itu sepatutnya berlepas pada pukul 7.11 pagi tetapi telah menutup pintu keretapi dengan 12 gerabak lebih awal.
Sedangkan pada waktu itu ada penumpang berada di platform untuk menaiki keretapi tersebut dan salah seorang daripada mereka memberitahu petugas stesen mengenai pelepasan awal kereta api itu.
Konduktor memutuskan untuk membuka semula pintu keretapi tetapi mengakibatkan kenderaan itu meninggalkan stesen lebih daripada pukul 7.12 pagi.
Pengguna terpaksa menunggu enam minit kemudian untuk keretapi seterusnya berakhir di stesen Nishi Akashi di Hyogo Prefecture. – MalaysiaGazette