Hanya beg tangan, pakaian dan barangan berupa hadiah dirampas semasa serbuan pihak polis ke rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta.
Salah seorang peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal yang sempat ditanya wartawan semasa keluar dari rumah berkata tiada dokumen yang diambil polis sebagai bahan bukti dalam siasatan dipercayai berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).