KUALA LUMPUR – Pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull didakwa bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).
Ini kerana dalam manifesto PH, pelantikan pesuruhjaya-pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.
Perkara itu terkandung dalam Janji 14: Mereformasi SPRM dan memperkasa usaha membanteras rasuah.
Hakikatnya, Ahli Exco Pemuda Pas, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, pelantikan Mohd Shukri tidak dilakukan di Parlimen sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto, sebaliknya kepada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Harapan.
Semalam, Dr Mahathir mengumumkan pelantikan Mohd Shukri yang telah bersara selepas berkhidmat 32 tahun bersama SPRM.
Mohd Shukri menggantikan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang telah meletak jawatan pada Isnin lalu. – MalaysiaGazette