Home Utama PM umum senarai menteri, angkat sumpah Isnin

PM umum senarai menteri, angkat sumpah Isnin

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua - Ketua Setiausaha Kementerian dan menerima kunjungan hormat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 MEI 2018.
Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Walaupun semalam Perdana Menteri mengumumkan beliau merupakan Menteri Pelajaran namun namanya digugurkan dalam senarai cadangan kabinet yang diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung (YDPA) hari ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamad melantik Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pelajaran.

Perdana Menteri telah mengadap Yang di-Pertuan Agung, Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik  sebagai Menteri Persekutuan yang baharu.

Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.”

Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang diPertuan Agong pukul 5 petang hari ini.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agong
adalah seperti berikut:

PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

MENTERI
BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Puan Rina Harun (Titiwangsa)

PKR
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:
9. Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia:
Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:
13. Menteri Pertahanan:
Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Yang diPertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan  dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin ini pukul 11.30 pagi di Istana  Negara.- MalaysiaGazette