PUTRAJAYA – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Kehadiran itu mungkin ada kaitan dengan kerjasama Parti Warisan yang diterajui Mohd. Shafie dengan Pakatan Harapan yang diketuai Mahathir.
Bagaimanapun, Mohd. Shafie enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan itu kepada wakil media dan tidak memberhentikan kenderaannya semasa keluar daripada pejabat Mahathir.- MalaysiaGazette