Home Nasional Najib tiba dari Pekan

Najib tiba dari Pekan

Kenderaan MPV jenis Toyota Vellfire berwarna putih yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di kediaman mereka di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak tiba dari Pekan, Pahang di kediaman beliau di Jalan Langgak Duta di sini pukul 1.15 petang ini.

Ketika memasuki laluan ke kediamannya, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menaiki kereta Toyota Vellfire putih diiringi oleh kenderaan polis pengiring.

Mereka berdua dikatakan bertolak dari Pekan pukul 8.30 pagi tadi.

Sementara itu, Najib yang juga bekas Perdana Menteri akan dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pukul 9 pagi esok.

Semalam, Ahli Parlimen Pekan itu turun ke Pekan untuk menghadiri beberapa program di kawasan itu termasuk meninjau Program Kacau Bubur Lambuk anjuran Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) dan ibu tunggal daerah Pekan di pekarangan Seri Kenangan.

Beliau turut membuat kemunculan pertama berucap selepas Pilihan Raya Umum ke-14 ketika merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Amphitheater, Bangunan UMNO Pekan.

Najib yang Ketua Bahagian UMNO Pekan juga hadir pada majlis berbuka puasa, solat Maghrib, solat Isyak, solat sunat tarawih di di Seri Kenangan. – MalaysiaGazette