KATHMANDU – Pendaki Jepun, Nobukazu Kuriki ditemui mati ketika tidur di sebuah khemah pada ketinggian 7,400 meter (24,278 kaki) di atas gunung setinggi 8,850 meter (29,035 kaki).
Kuriki, 36, telah membuat tujuh kali percubaan untuk menawan Everest tetapi gagal.
“Sherpa menemui mayat Kuriki di dalam khemah,” kata pegawai jabatan pelancongan, Gyanendra Shrestha.
Punca kematian tidak dipastikan kerana masalah sistem komunikasi dengan kem-kem yang berada di kawasan tinggi.
Pada tahun 2012, Kuriki menghabiskan dua hari di lubang salji sedalam 27,000 kaki di gunung tersebut dengan suhu di bawah 20 darjah Celsius, menyebabkan jari tangannya terpaksa dipotong.
Sejumlah pendaki berjaya menawan puncak Everest bulan ini disebabkan cuaca yang baik.
Nepal telah membenarkan lebih daripada 340 pendaki warga asing mendaki puncakgunung tertinggi di dunia itu pada masa musim ini yang bermula pada Mac dan diteruskan sepanjang bulan ini. – MalaysiaGazette