LONDON – Pesakit diabetes di United Kingdom diminta menghentikan penggunaan strip ujian gula Accu-Chek Aviva dan Accu-Chek Performa yang didakwa memberi bacaan yang tidak tepat.
Alat itu dikatakan akan menunjukkan bacaan gula dalam darah terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Berikutan itu Pihak Berkuasa Perundangan Perubatan dan Produk Penjagaan Kesihatan (MHRA) telah menarik semula penjualan alat berkenaan.
Dianggarkan lebih daripada 260,000 pek telah ditarik balik.
Strip itu kebiasaannya digunakan oleh pesakit diabetik untuk ujian glukos dalam darah.
Dan Howarth, Ketua Penjagaan Diabetes di United Kingdom berkata, bacaan yang tidak betul akan menyebabkan lebih atau kurang dengan insulin – ia boleh mengakibatkan masalah hiper dan hipoglikemia. – MalaysiaGazette