Home Nasional Beberapa lagi akan dipanggil – SPRM

Beberapa lagi akan dipanggil – SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull menunjukkan kenyataan media ketika bercakap pada sidang media khas di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 22 MEI 2018.

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull berkata dua lagi individu akan dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung siasatan badan itu terhadap SRC International.

Katanya, hanya bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipanggil buat masa ini bagi membantu siasatan.

“Kalau dia (Najib) buat salah undang-undang akan menentukan. Saya kembali bukan untuk membalas dendam, kalau bukti kata dia bersalah, maka dia bersalahlah.

“Kita panggil Datuk Seri Najib dulu, tapi kita masih lagi melihat seorang dua lagi saksi penting. Selepas itu kita boleh putuskan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM, hari ini. -MalaysiaGazette