Home Seni Hidup Bekerjaya, ciri bakal suami Amira Othman

Bekerjaya, ciri bakal suami Amira Othman

Pelakon, Amirah Othman bergambar di karpet merah sebelum bermulanya Anugerah Juara Lagu ke 32 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2018
Pelakon, Amirah Othman bergambar di karpet merah sebelum bermulanya Anugerah Juara Lagu ke 32 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2018

KUALA LUMPUR – Mempunyai kerjaya sendiri, itu antara ciri-ciri bakal suami penyanyi lagu ‘Hati-hati’ Amira Othman.

Perkongsian itu walaubagaimanapun tidak bermakna Amira sudah mempunyai teman lelaki, sebaliknya mengakui belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Ia hanyalah antara ciri-ciri bakal suami yang diimpikannya selain perlulah mempunyai sifat penyayang dan menghormati orang tua.

“Saya orangnya bersederhana sahaja, yang penting lelaki itu mesti ada kerjaya, menghormati orang tua, penyayang, bertanggungjawab, dan boleh memimpin keluarga.

“Apa pun, jujur saya akui buat masa ini memang belum terfikir untuk bercinta apatah lagi untuk menamatkan zaman solo. Saya ada impian yang belum dicapai,” katanya.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 25 menafikan dirinya serik bercinta selepas pernah mengalami kegagalan dalam percintaan dengan Azhar Akademi Fantasia (AF2013).

“Bukan serik, cuma belum lagi bertemu dengan calon pilihan hati. Lagi pun, kerjaya saya masih perlu diberikan tumpuan.

“Kalau boleh, biarlah saya berjaya dalam kerjaya dahulu sebelum memikirkan komitmen untuk berkahwin dan hidup berkeluarga,” katanya. – MalaysiaGazette