Home Nasional Permata diteruskan tapi diaudit

Permata diteruskan tapi diaudit

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercakap kepada media pada sidang media hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 22 MEI 2018
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercakap kepada media pada sidang media hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 22 MEI 2018

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meneruskan Program Permata yang dicetuskan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan Pakatan Harapan tidak akan menamatkan program yang baik untuk rakyat walaupun ia dilaksanakan oleh pentadbiran sebelum ini. 

“Terima kasih mengingatkan saya. Permata adalah salah satu daripada yang mendapat perhatian Perdana Menteri. 

“Permata program yang baik, jadi apa yang baik akan kita teruskan.

“Kita, Pakatan Harapan apa yang baik kita akan teruskan tetapi cara mana kita teruskan,” katanya pada sidang media hari ini. 

Bagaimanapun, tambah beliau, program tersebut akan diaudit dan dikaji keberkesannnya termasuklah peruntukan yang diberikan.

“Kena ada audit ada kajian apakah kesannya anak-anak Permata, peruntukannya,” katanya. 

Program Permata dilaksanakan pada Disember 2015 dan Rosmah adalah penaungnya. -MalaysiaGazette