Home Nasional Robert Kuok minta rakyat beri kepercayaan penuh kepada CEP

Robert Kuok minta rakyat beri kepercayaan penuh kepada CEP

Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Robert Kuok diserbu pihak media selepas menghadiri mesyuarat dan meninggalkan Menara Ilham, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2018.
Robert Kuok diserbu pihak media selepas menghadiri mesyuarat dan meninggalkan Menara Ilham, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Robert Kuok meminta rakyat memberi kepercayaan penuh kepada Majlis Penasihat Kerajaan untuk menilai semula ekonomi negara.

Taikun perniagaan itu menambah, ini kerana ahli-ahli majlis adalah dalam kalangan individu cemerlang.

“Majlis ini terdiri daripada nama-nama cemerlang yang membantu meneruskan kegemilangan Malaysia,” katanya yang ditemui di sini.

Majlis yang ditubuhkan pada 12 Mei lalu dianggotai oleh Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Merican dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

Robert Kuok menambah beliau menyertai majlis itu atas jemputan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Kuok berkata beliau tidak boleh kerap menyertai majlis itu kerana berada di Hong Kong.

Hari ini adalah kali pertama Kuok menyertai sidang majlis itu. -MalaysiaGazette