JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi di sini malam tadi.
Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Terdahulu, Anwar yang hadir bersama anaknya Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di istana pada 10.50 malam.
Sejurus pertemuan itu, Anwar mengiringi Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail ke majlis santapan sebelum beliau pulang.
Mengikut entri terbaharu Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan tertutup baginda dan Anwar yang membincangkan pelbagai perkara itu berlangsung selama dua jam. – MalaysiaGazette