“Saya terkejut dokumen pertama saya perlu menandatanganinya (sebagai menteri kewangan) ialah untuk membayar hutang 1MDB, namun saya enggan untuk tandatanganinya kecuali saya terlebih dahulu meneliti semua dokumen berkaitan.
“Syarat pertama yang telah diarahkan ialah telah meminta 1MDB mesti menulis surat kepada kerajaan persekutuan untuk menyatakan sama ada mereka mampu menjelaskan hutang itu atau tidak. “Kalau mereka tidak boleh membayar, kerajaan persekutuan perlulah menjelaskan hutang itu segera, kita tidak ada pilihan lain,” katanya kepada pemberita di lobi Kementerian Kewangan petang tadi.