ISTANBUL – Presiden Tayyip Erdogan sedang mempertimbangkan pengharaman pengimportan barang-barang Israel ekoran pembunuhan penduduk Palestin oleh pasukan Israel di sempadan Gaza.
Erdogan, yang berkempen untuk pemilihan semula pada bulan Jun, minggu lalu mengutuk peristiwa di Gaza dan pembukaan kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis.
Erdogan berkata, 57 anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah mencadangkan supaya boikot dikenakan ke atas barangan Israel.
“Saya harap negara-negara anggota OIC membuat keputusan boikot, sejajar dengan cadangan itu.
“Jadi tidak ada produk yang perlu dibawa dari sana lagi. Secara semulajadi kita akan menilai situasi ini dengan cara yang sama,” menurut media Hurdet yang memetik Erdogan sebagai berkata.
Perisytiharan oleh OIC pada hari Jumaat lalu mengulangi gesaan untuk mengharamkan “produk dari penempatan Israel haram dari memasuki pasaran mereka”, merujuk kepada barang-barang yang dihasilkan di Tebing Barat yang diduduki Israel dan Golan Heights.
Ia tidak mengharamkan semua barangan Israel.
Perisytiharan itu juga mendesak “sekatan ekonomi (atas) negara, pegawai, Parlimen, syarikat atau individu” yang mengikuti Amerika Syarikat memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmaqdis.
Keputusan Presiden Donald Trump untuk iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara dan perpindahan Amerika Syarika telah mengecewakan dunia Arab dan sekutu barat.
Minggu lalu Erdogan berkata, langkah Trump telah memberi semangat kepada Israel untuk melancarkan protes di sempadan Gaza dengan jumlah tentera menyamai ketika menentang Nazi Jerman dalam Perang Dunia Kedua Yahudi, apabila berjuta-juta terbunuh di kem-kem tahanan.
Keganasan di Gaza, menyaksikan lebih daripada 60 orang Palestin terbunuh pada 14 Mei lalu.
Israel adalah pasaran ke-10 terbesar bagi eksport Turki pada 2017, dengan dagangan kira-kira AS$3.4 bilion, menurut statistik IMF. – MalaysiaGazette