Home Nasional Kementerian akan campur tangan jika kakitangan SPAD hilang kerja

Kementerian akan campur tangan jika kakitangan SPAD hilang kerja

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran (tengah) mendengar penerangan dari Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan, Eddie Yeo Soon Chye (kanan) sambil diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr. Mohd Gazali Abad (kiri) dan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su (dua kanan) pada Program Lawatan YB Menteri Tenaga Manusia ke Mahkamah Perusahaan Malaysia di Wisma PERKESO, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 MEI 2018

KUALA LUMPURĀ – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan campur tangan sekiranya terdapat kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hilang pekerjaan susulan keputusan kerajaan membubarkan agensi berkenaan, semalam.

Menterinya, M.Kulasegaran berkata, meskipun SPAD dan beberapa agensi kerajaan lain dibubarkan, namun tenaga kerjanya tidak terjejas kerana mereka akna hantar semula kepada Kementerian Pengangkutan.

“Bila SPAD dibubarkan, fungsi SPAD akan diambil semula oleh Kementerian Pengangkutan

“Kalau ada isu di sana (SPAD) kita akan bantu di mana yang boleh. Hanya pekerja di SPAD sahaja akan dihantar balik kepada MOT, ia hanya melibatkan penempatan semula pekerja sahaja

“Saya tak fikir begitu (hilang pekerjaan),” katanya pada sidang media di Wisma Perkeso, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet yang mengumumkan pembubaran lima agensi dan jawatankuasa kerajaan iaitu Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan SPAD.

Kulasegaran juga berkata, pembubaran lima agensi kerajaan itu bertujuan menyelaraskan fungsi dan peranan di bawah kementerian asal dan sebagai langkah penjimatan yang digerakkan Kerajaan Pakatan Harapan.

“Kita sudah ada sistem sebelum ini di mana Menteri Pengangkutan tidak bertugas dalam Pengangkutan, Menteri Kesihatan tidak jalankan tugas Kesihatan

“Dalam JPM banyak berlaku perkara ini, jadi kita nak selaraskan dalam satu kementerian, kalau Kementerian Pengangkutan, dia mesti menjalankan tugas dalam semua hal ehwal pengangkutan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette