Menteri Kesihatan baharu, Dr Dzulkefly Ahmad komited dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan berjanji akan meneruskan mana-mana agenda serta polisi kerajaan dalam bidang kesihatan terdahulu seandainya memberi manfaat kepada masyarakat.
Bagaimanapun, beliau bertegas akan menjalankan kajian serta penambahbaikan dalam polisi berkaitan sebelum meneruskan sebarang inisiatif sedia ada seperti pemerkasaan perkhidmatan dan keselamatan kesihatan.