Home Nasional Selepas enam jam Najib masih disiasat

Selepas enam jam Najib masih disiasat

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 24 MEI 2018.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan kali kedua berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 24 MEI 2018.

PUTRAJAYA – Sudah hampir enam jam bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak diambil keterangan oleh pegawai di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Kelibat beliau masih belum kelihatan membuatkan pengamal media yang membuat liputan tertanya-tanya antara satu sama lain.

Tanpa disedari beberapa anggota berpakaian seragam polis masuk ke dalam bangunan SPRM tanpa diketahui sebabnya.

Sumber memberitahu, berkemungkinan bekas presiden UMNO dan bekas pengerusi Barisan Nasional itu akan ditahan.

Namun, maklumat yang tular dalam kalangan media menunggu di sini tidak dapat dipastikan.

Terdahulu, Najib tiba di bangunan SPRM untuk diambil keterangan buat kali kedua pada pukul 9.45 pagi tadi.

Bagaimanapun, sehingga pukul 3.45 petang kelibatnya masih belum kelihatan.

Jumaat lalu, SPRM bertindak membuka semula kes aliran wang dari SRC International, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes membabitkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Malah, kertas siasatan yang berkaitan ketika itu dikembalikan kepada SPRM, selain mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan ditutup. – MalaysiaGazette