KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes SPRM.
Lelaki tersebut, Muhammad Nukman Mustapha, 35, didapati mempunyai alamat terakhir di L-32, Jalan Berlian, Taman Perwira, Gombak Setia, 53100, Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Noornabilah Mohd. Aziman di talian 03-88700457. – MalaysiaGazette