
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim semalam.
Abdul Azeez dilantik sebagai lembaga pengarah Tabung Haji pada 2011 dan sebagai pengerusi pada 1 Julai 2013.
“Tabung Haji mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkhidmatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette