Home Seni Hidup Johan, lebih baik diam – Umie Aida

Johan, lebih baik diam – Umie Aida

Umie Aida berkata, Johan lebih baik mengambil tindakan berdiam diri daripada bersuara mengenai sesuatu yang dia tidak pasti.
Umie Aida berkata, Johan lebih baik mengambil tindakan berdiam diri daripada bersuara mengenai sesuatu yang dia tidak pasti.

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Seri Umie Aida secara terbuka menegur tindakan pelakon Johan As’ari yang meminta pihak polis memeriksa kediaman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang ditulis menerusi Twitternya.

Umie berkta, aktor itu lebih baik mengambil tindakan berdiam diri daripada bersuara mengenai sesuatu yang dia tidak pasti.

“Berdiam itu lebih baik dari bercakap, bila bercakap nampak tahap pemikiran seseorang itu… sedih!” tulis Umie.

Pelakon filem Dukun ini turut memuat naik paparan artikel tentang Johan As’ari yang mahu pihak polis turut memeriksa rumah Tun M.

Johan sebelum ini membuat tweet berbaur sindiran yang mengundang rasa kurang senang netizen.

Dia turut dikecam apabila dikatakan segaja mencetuskan kontroversi bagi mencari publisiti murahan.

Johan merupakan anak ahli politik yang bergiat aktif dalam Umno iaitu Datuk As’ari Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Bagaiman, Johan sudah memohon maaf kepada Tun M dan netizen yang tergores dengan kenyataan berkenaan.

Pelakon filem Juvana ini turut menegaskan laman Twitter adalah ruang peribadinya untuk meluahkan pendapat.

“Saya tidak ambil serius, malah saya ada hak untuk meluahkan apa sahaja yang sama mahukan.

“Saya tidak fikir perkara ini akan tular, saya rasa bersalah dan memohon maaf dengan netizen yang terguris,” ujarnya. – MalaysiaGazette