Home Nasional Azmin, Abu Kassim ke Mesyuarat Penasihat Kerajaan?

Azmin, Abu Kassim ke Mesyuarat Penasihat Kerajaan?

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Menara Ilham, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 MEI 2018
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Menara Ilham, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Dua individu tidak berada dalam Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) hari ini hadir di Menara Ilham.

Mereka adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tiba sebelum bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. 

Abu Kassim adalah salah seorang daripada anggota dalam Pasukan Siasatan Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Azmin dikhabarkan berjumpa dengan panel MPK mengenai peranannya sebagai menteri secara terperinci bagaimanapun tujuan kehadiran Abu Kassim tidak diketahui. 

Wakil daripada pejabat MPK memberitahu pemberita yang berkumpul sejak 10 pagi di sini mengesahkan hanya ada satu mesyuarat sahaja yang berjalan di Menara Ilham hari ini iaitu Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan. 

Pemberita juga dimaklumkan bahawa Tun Daim Zainuddin yang dikhabarkan akan mengadakan sidang media petang ini tidak akan berbuat demikian.

Anggota MPK iaitu Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican dan Prof Jomo Kwame Sundaram ditemui pemberita kesemuanya enggan mengulas hasil pertemuan hari ini. 

MPK hari ini dijadualkan memanggil bekas pemangku Pengerusi baharu Felda Global Ventures Holdings Bhd ( FGV) Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, Ketua Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri), Datuk Seri Sabin Samitah, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Wan Ahmad Wan Yusuff dan Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusofz dan wakil ICU berkenaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Noraini Ab Rahim.-MalaysiaGazette