- Saya lega bahawa Menteri Kewangan telah menjelaskan dalam kenyataannya semalam bahawa hutang rasmi kerajaan persekutuan kekal pada RM686.8 bilion (50.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK) – bukan 65% atau RM1 trilion seperti yang didakwa sebelum ini.
-
Tahap 50.8% adalah jauh lebih rendah daripada 103.4% yang dicapai semasa pemerintahan pertama Tun Mahathir.
-
Kerajaan sebelumnya sentiasa mematuhi garis panduan laporan hutang awam antarabangsa seperti yang ditakrifkan oleh IMF dan Bank Dunia. Oleh itu, angka 50.8% adalah pengukuran yang diterima secara universal.
-
Kewajiban kontinjen, seperti jaminan, tidak pernah dimasukkan dalam pengukuran rasmi hutang kerajaan, bahkan semasa pemerintahan Tun Mahathir sebelumnya.
-
Kerajaan telah memberi jaminan ini kepada entiti tertentu yang dimilikinya untuk membantu menurunkan kos pembiayaan mereka. Ini biasanya adalah kewajiban jangka panjang yang disokong dengan aset yang menjana pendapatan.
-
Bagi pajakan PPP/PFI, ini adalah perbelanjaan operasi dan bukannya hutang, dan adalah untuk infrastruktur sosial yang sangat diperlukan, termasuk sekolah, balai polis, hospital, universiti, dan lain-lain.
-
Kerajaan BN sebelum ini telah telus dan tidak pernah menyembunyikan angka-angka yang didedahkan oleh menteri kewangan hari ini. Semua angka ini diterbitkan dalam Laporan Perbendaharaan, laporan BNM, laporan Ketua Akauntan, Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun tanpa gagal.
-
Penganalisis pasaran, ahli ekonomi dan pelabur sedar bahawa angka-angka ini dapat dikendalikan dan dapat ditangani, satu fakta yang diakui oleh Menteri Kewangan sendiri.
-
Oleh itu, kami tidak menyembunyikan hutang sebanyak RM300 bilion atau memalsukan angka seperti yang didakwa. Semuanya telah dinyatakan dengan jelas selama ini berdasarkan garis panduan yang diterima secara universal.
-
Sekarang memandangkan kebenaran telah didedahkan tentang “hutang nasional RM1 trilion” ini, kami mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru kerana dengan tidak perlu telah menakut-nakutkan pasaran yang mana telah menyebabkan berlakunya kejatuhan mendadak dalam bursa saham minggu ini – 14 hari berturut-turut aliran keluar modal asing.
-
Kejatuhan ini menyebabkan kerugian kepada pelabur pasaran saham dan GLIC kita seperti KWSP, KWAP, Khazanah dan Tabung Haji. Saya berharap dan berdoa agar menteri-menteri kerajaan PH akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan di masa akan datang.
NAJIB RAZAK