Home Seni Hidup 10 sahabat prihatin rai warga RPWP beriftar

10 sahabat prihatin rai warga RPWP beriftar

Sekumpulan 10 orang sahabat dari Kejiranan Jalan 7/3, Bandar Baru Bangi juga tidak mahu ketinggalan berkongsi sumbangan untuk anak-anak yatim dan asnaf di  Rumah Pengasih Warga Perihatin (RPWP) di Jalan ABIM, Sungai Ramal Dalam, Bangi.

KUALA LUMPUR – Meraikan golongan kurang bernasib baik sememangnya menjadi amalan rakyat Malaysia terutamanya di bulan Ramadan yang mulia.

Tentunya ramai yang prihatin mahu sama-sama menggembirakan anak-anak yatim dan asnaf supaya berkat Ramadan dapat sama-sama dinikmati.

Sekumpulan 10 orang sahabat dari Kejiranan Jalan 7/3, Bandar Baru Bangi juga tidak mahu ketinggalan berkongsi sumbangan untuk anak-anak yatim dan asnaf di  Rumah Pengasih Warga Perihatin (RPWP) di Jalan ABIM, Sungai Ramal Dalam, Bangi.

Seramai 76 anak-anak seawal usia 4 bulan diraikan bersama pengasuh dan penjaga di pusat tersebut bermula jam 7 petang. Mereka juga menunaikan solat hajat khas untuk mendoakan seorang anak kejiranan yang kini kritikal di hospital.

“Program seumpana ini amat bagus kerana dapat merapatkan silaturrahim dan memberi peluang kejiranan berhampiran mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan RPWP.

“Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada masyarakat lain untuk terus meyumbang kepada warga asnaf dan anak yatim di bulan yang mulia ini,” kata ketua kumpulan 10 sahabat yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Jimi. – MalaysiaGazette