Home Utama Kerajaan tak boleh berseorangan bina semula negara

Kerajaan tak boleh berseorangan bina semula negara

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bergambar kenangan bersama anak-anak yatim sekitar Parlimen Pandan yang menerima bantuan pada Majlis Iftar Perdana di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 MEI 2018.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bergambar kenangan bersama anak-anak yatim sekitar Parlimen Pandan yang menerima bantuan pada Majlis Iftar Perdana di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak boleh berseorangan untuk membina semula masa depan negara.

Jelas Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, kerajaan perlukan rakyat dan rakyat perlukan kerajaan dalam membentuk bekerjasama sebagai satu kumpulan untuk memajukan lagi negara.

“Selepas kita mengubah kerajaan, marilah kita bawa negara ke tahap yang lebih tinggi dan mengisi kemenangan atau peralihan ini dengan  mendapat keredaan Allah.

“Umpama Real Madrid menentang Liverpool awal pagi tadi, kerajaan tidak boleh berseorangan bangunkan negara sebaliknya rakyat dan kerajaan bersama sebagai satu kumpulan untuk masa depan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana Bersama Timbalan Perdana Menteri di perkarangan Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam di sini hari ini.

Turut hadir, suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Exco Selangor, Izham Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berucap pada Majlis Iftar Perdana di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 MEI 2018.

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, buat masa ini adalah paling penting bagaimana pengisiannya untuk memakmurkan lagi rakyat perlu difokuskan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Jadikan Ramadan ini sebagai bulan untuk meningkatkan lagi amal ibadat sebab yang menang adalah rakyat dan kita perlu bersama demi negara.

“Yakinlah kita mempunyai kebebasan dan segala yang diusahakan adalah untuk memajukan negara,” katanya di hadapan lebih 500 penduduk setempat di sekitar Kampung Pandan. -MalaysiaGazette