WASHINGTON – Pasukan Amerika Syarikat sedang berbincang dengan Korea Utara untuk bersiap sedia bagi pertemuan Presiden Donald Trump dan Kim Jong-un.
Perbincangan itu diadakan di perkampungan Panmunjom, di zon penampan tentera, menunjukkan pertemuan antara dua pemimpin itu akan diadakan.
Khamis lalu Trump telah membatalkan pertemuan dengan Jong-un yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada bulan depan.
Tetapi kedua-dua belah pihak telah berusaha untuk merealisasikan pertemuan itu semula.
Sabtu lalu. Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengadakan mesyuarat yang tidak hebahkan.
Moon berkata, Jong-un sekali lagi memaklunkan komitmennya untuk penolakan penuh senjata nuklear di Semenanjung Korea. – MalaysiaGazette