MONACO – Daniel Ricciardo menampilkan aksi pemanduan berkelas dunia untuk mengenepikan cabaran pemendu Ferrari, Sebastian Vettel untuk menjuarai Grand Prix Monaco semalam.
Pelumba Red Bull dari Australia itu mendominasi perlumbaan dan berjaya mengenepikan cabaran Vettel dan Lewis Hamilton yang menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga.
Keputusan itu menyaksikan Hamilton mendahului Vettel dengan perbezaan 14 mata dalam kategori pelumba.
Ricciardo dengan kemenangan julung kali di GP Monaco melonjak ke tempat ketiga.
“Saya berdepan pelbagai cabaran semasa perlumbaan pada hari ini.
“Pada 2016 saya seharusnya menang di sini (Monaco) tetapi tidak kesampaian namun berjaya menebus kekecewaan itu hari ini (semalam),” katanya.
Ricciardo menolak dakwaan yang mengatakan dia merupakan pilihan juara dunia musim ini selepas melonjak ke kedudukan ketiga dalam kategori pelumba kejuaraan dunia.
Pemandu Red Bull itu mengutip 38 mata di belakang Lewis Hamilton yang mendahului carta diikuti Sebastian Vettel di tempat kedua.
“Itu soalan semulajadi selepas kemenangan. Hamilton masih berpeluang cerah bergelar juara dunia musim ini.
“Ia tidak mustahil tidak terlintas pada fikiran saya buat masa ini.
“Saya hanya mahu meneruskan memontum kemenangan ini pada perlumbaan akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette