Home Dunia Pemandu trak Brazil masih protes

Pemandu trak Brazil masih protes

Pemilik-pemilik trak menghalang lalu lintas di Rio de Janeiro, Brazil kerana membantah kenaika harga diesel. foto Reuters

SAO PAULO – Meskipun jumlah trak-trak yang berhimpun telah berkurangan tetapi pemandu-pemandu terus melakukan protes dengan tidak kembali bekerja telah menjejaskan sektor ekonomi Brazil.

Protes memasuki hari kelapan itu dilakukan kerana memperjuangkan harga diesel yang tinggi.

Tindakan pemandu-pemandu trak itu menyebabkan hospital mengalami kekurangan bekalan asas manakala ternakan mati akibat kekurangan makanan.

Di Rio de Janeiro pula, pengangkutan awam berkurangan menyebabkan sekolah dan universiti tidak dapat dibuka.

Malah, kebanyakan stesen-stesen minyak di seluruh negara mengalami kekurangan bekalan. Polis dan tentera terpaksa mengiringi trak minyak untuk bekalan kepada ambulans, kenderaan polis dan bas di kebanyakan bandar-bandar besar di Brazil.

Presidem Michel Temer telah menemui menteri-menteri dan pegawai tertinggi kerajaan untuk membincangan cadangan bagi menangani protes itu.

Antara cadangan yang dibuat termasuk diskaun 10 peratus bagi harga diesel sekurang-kurangnya 60 hari yang akan diselaraskan oleh kerajaan melalui pampasan kepada Petrobras, syarikat minyak negara.

Pemilik trak juga mahu pengusaha tol tidak mengenakan bayaran gandar belakang yang tidak digunakan, seperti ketika trak menggunakan lebuh raya bertol selepas barangan telah dipunggah.

Gabenor Sao Paulo Marcio França yang bertindak sebagai perunding berkata, Kerajaan Persekutuan tidak akan menerima permintaan untuk mengekalkan harga diesel yang diberi potongan selama 60 hari, hanya selama 30 hari seperti yang diumumkan sebelumnya.

Tetapi permintaan berhubung bayaran tol diterima. – MalaysiaGazette