Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menegaskan kritikan dan suara pembangkang penting dalam membina pemikiran yang matang.
Sehubungan itu, beliau akan menegakkan dasar bahawa media harus dilihat sebagai suara rakyat dan desakan agar kelemahan kerajaan dapat diperbaiki.
Katanya dalam hala tuju laporan berita, apa yang penting adalah nilai berita itu sendiri. “Saya tidak menyokong penggelapan kandungan berita.
Saya tahu apa rasanya berada di sana (sebagai pembangkang). “Rakyat mencari maklumat.
Jika media arus perdana tidak melaporkan, rakyat akan mencari di tempat lain. Hari ini sama ada suka atau tidak, media ada di mana-mana,” katanya.