PARIS – Perancis menyaksikan penurunan mendadak sebanyak sejuta orang perokok pada tahun 2016-2017.
Penurunan itu tidak pernah dilihat dalam satu dekad, menurut Kesihatan Awam Perancis, yang menjalankan kajian itu.
Kadar penurunan itu berlaku dalam kalangan perokok remaja dan golongan berpendapatan rendah.
Kajian itu menunjukkan pendekaran anti-merokok yang dilaksanakan kepada rakyat Perancis menjadi pendorong kepada penurunan merokok.
Beberapa tahun lalu, Kerajaan Perancis telah melaksanakan pembungkusan rokok tanpa jenama, pembayaran balik bagi orang yang menggunakan pengganti tembakau, penetapan harga rokok yang lebih mahal dan kempen tanpa tembakau.
Kajian pada tahun lalu menunjukkan hanya 26.9 peratus mereka yang berumur 18-75 tahun merokok setiap hari berbanding 29.4 peratus pada tahun sebelumnya.
Ia merupakan penurunan daripada 13.2 juta perokok kepada 12.2 juta dalam tempoh tersebut. – MalaysiaGazette