Home Nasional Operasi besar-besaran pantau sifar GST 1 Jun ini

Operasi besar-besaran pantau sifar GST 1 Jun ini

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumkan tiada sebarang sekatan berhubung pengimportan ikan dari mana-mana negara, demikian menurut Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memaklumkan tiada sebarang sekatan berhubung pengimportan ikan dari mana-mana negara, demikian menurut Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

KUALA LUMPUR – Satu operasi besar-besaran bagi menyemak semula harga barangan sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan oleh penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan di seluruh negara pada 1 Jun ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Low Swee Hon berkata, operasi itu dilakukan bagi memastikan sifar GST dipatuhi oleh setiap peniaga.

Katanya, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan sejak 24 Mei lalu tdalam Ops Catut 4.0 di 11 kawasan Parlimen dan memeriksa dan menyemak harga lebih 11,000 barangan yang dikenakan cukai GST oleh 90 orang anggota penguatkuasa.

“Bermula 1 Jun pegawai kami akan kembali ke premis-premis berkenaan dan akan melakukan verifikasi harga sama ada diturunkan dari 6 peratus ke sifar seperti yang diarahkan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas operasi Ops Catut di sebuah pasaraya dan pasar basah di Klang Lama di sini.
Dalam tinjauan di beberapa pasar raya dan gedung beli belah serta premis premis di bangunan komersial, pihaknya telah memaklumkan apabila premis ditutup pada malam 31 Mei nanti, peniaga perlu meletakkan tanda harga sifar GST.
Pengguna tidak lagi dikenakan cukai GST pada 1 Jun ini, tambah Swee Hon.

Tambah beliau, sekiranya masih terdapat pengguna yang dikenakan cukai 6 peratus, mereka dinasihati supaya boleh pergi balik kepada peniaga untuk memperbetulkan keadaan dan menuntut balik potongan yang dibuat itu.

Beliau tidak menolak pelaksanaan sifar GST pada hari pertama 1 Jun ini sudah pasti mencetuskan sedikit masalah kepada peniaga kerana ia melibatkan jumlah barang yang banyak – mengikut skop perniagaan masing-masing.

Low Swee Hon menunjukkan salah satu barang kepada Pengurus Pasaraya Giant OUG, Karen Ng (kanan) semasa membuat pemantauan dan pemeriksaan harga barang di Plaza OUG, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 30 MEI 2018.

Selain penguatkuasa KPDNKK, kementerian itu juga mempunyai 85 orang Pegawai Pemantau Harga yang turut membuat pemantauan harga secara harian ke atas 87 premis perniagaan termasuk pasar awam, kedai runcit dan pasar raya melibatkan lebih 100 barang serta pemantauan bulanan  ke atas lebih 957 premis perniagaan runcit terlibat dengan GST.

“Mana-mana peniaga gagal melaksanakan sifar GST kita akan ambil tindakan sewajarnya iaitu di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 atau mana mana akta berkaitan,” katanya.

Orang ramai juga boleh menghubungi dan mengemukakan aduan sepanjang proses pelaksanaan sifar GST menerusi talian bebas toil 1-800-886-800, layari laman web http://eaduan.kpdnkk.gov.my, ez-adu SMS ke 15888 dengan menaip “KDPNKK ADUAN <butiran aduan>”, hubungi KPDNKK WPKL di talian 03-40454555 atau datang sendiri ke mana mana pejabat KPDNKK di ibu negara. – MalaysiaGazette