Home Utama Istiadat angkat sumpah MB Selangor baharu 19 Jun ini

Istiadat angkat sumpah MB Selangor baharu 19 Jun ini

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bagaimanapun tidak menyatakan sama ada nama calon menteri besar itu adalah dalam kalangan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sedia ada ataupun sebaliknya.

KUALA LUMPUR – Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada 19 Jun ini, selepas Hari Raya Aidilfitri.

Majlis itu sudah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, istiadat itu akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.

“Dengan istiadat pelantikan yang bakal berlangsung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan turut melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berkuatkuasa pada tarikh sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Selangor mendapat menteri besar baharu selepas Mohamed Azmin bersetuju dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. – MalaysiaGazette

+ posts