KUALA LUMPUR – Tidak pernah ada mana-mana negara di dunia ini yang terpaksa menubuhkan satu tabung untuk membantu kerajaan membayar hutang.
Lantaran itu, langkah Kerajaan Malaysia menubuhkan Tabung Harapan Malaysia merupakan satu tindakan yang boleh memberi pandangan yang teruk dalam menguruskan kewangan.
Pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, meskipun hutang negara tinggi tetapi ia belum dalam keadaan ‘begitu teruk’ hingga ada keperluan terdesak untuk mewujudkan tabung sumbangan rakyat.
Malah, Greece dan Zimbabwe yang berdepan dengan masalah hutang besar pun tidak meminta wang rakyat.
Jelasnya, hutang negara adalah tanggungjawab kerajaan untuk menanganinya dan bukan perlu dipikul oleh rakyat.
Walaupun ada rakyat yang bermurah hati untuk menderma tetapi logiknya berapa banyak wang yang dapat disumbang atau dikumpul.
Ini kerana, pada masa sama rakyat juga terpaksa mengambil langkah berjimat cermat kerana khuatir dengan ketidaktentuan kewangan negara yang diperbesar-besarkan.
“Kita tahu kerajaan ada hutang tetapi bukan pada tahap yang sangat teruk hingga Malaysia dalam keadaan terdesak untuk minta derma rakyat. Negara kita belum bankrap.
“Tetapi isu hutang negara ini diperbesarkan atas faktor-faktor politik.
“Saya masih percaya penilaian laporan kewangan Malaysia yang dibuat oleh Bank Dunia dan agensi-agensi penarafan, katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan Tabung Harapan Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan itu berkata, seandai benar hutang negara terlalu tinggi, Malaysia sepatutnya meminta nasihat daripada Bank Dunia, yang mempunyai cawangannya di sini.
Bank Dunia mempunyai cawangan operasinya di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.
Navaratnam berkata, sepatutnya dalam menangani keadaan ini adalah lebih baik jika Kerajaan Pakatan Harapan fokus dalam menangani rasuah secara habis-habis, mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan elakkan pembaziran.
“Bukan menjadi politikus yang terlalu banyak politiking,” ujarnya.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini menjelaskan hutang negara yang berjumlah RM1 trilion sehingga 31 Disember tahun lalu.
Katanya, hutang kerajaan persekutuan adalah RM686.8 bilion iaitu 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Hutang itu termasuk jaminan kerajaan kepada pelbagai entiti yang gagal untuk membayar hutangnya sebanyak RM199.1 bilion (14.6 peratus daripada KDNK).
Selain itu, angka tersebut membabitkan pelbagai pajakan untuk pelbagai projek awam swasta seperti pembinaan sekolah, balai polis, jalan raya serta lain-lain yang berjumlah RM201.4 bilion (14.9 peratus daripada KDNK).
Navaratnam berkata, angka hutang-hutang negra yang disenaraikan itu ada belum menjadi liabiliti. – MalaysiaGazette
Biar kerajaan meminta bantuan duit rakyat daripada merompak duit rakyat..tabung yang di sediakan oleh kerajaan adalah satu alternetif bukan paksaan…kta sebagai rakyat,terpulang nak menderma atau tidak…tak salah pun…kita harus bangga sebagai rakyat malaysia mempunyai kerajaan yang telus…
Menderma adalah perbuatan mulia..amalan derma boleh menanam jiwa cintakan negara derma juga merupakan perbuatan ikhlas bukan dari paksaan dan pada mereka yang mampu sahaja…perbuatan derma bukan satu penekanan buat rakyat
As a Malaysian, it’s not a burden at all to be able to contribute to my country reformation process. I am proud to be able to help. At this point too many opinions will slow down processes. I didn’t say it’s wrong to be opinionated but let the Jedi do their work and for once give them the support, full confidence and time to make these changes. Have faith that the country will be better after we overcome these challenges .
Rakyat bukan menderma tetapi rakyat ingin sama2 membantu menyelesaikan mungkin sebahagian kalau tidak semua pun, masalah hutang negara yang ditinggalkan olih kerajaan terdahulu akibat skendal penipuan dan kecurian wang negara yang terbesar dalam sejarah dunia.keeajaan juga bukanlah penaja kepada kutipan dana Tabung Harapan , sebaliknya ia ditaja olih golongan rakyat prihatin. Pehak kerajaan hanya diminta melancarkan kutipan dana berkenaan dan menyediakan akaun khas dibawah Kementerian Kewangan bagi memudahkan rakyat yang ingin bersama membantu menyumbang secara langsung kepada kerajaan tanpa melalui mana2 NGO yang mungkin juga bolih diragui. Dei,aney ada faham kaaa.. ? jangan tada tintu mau hantam. Mau tau dulu apa cirita. Kita tidak pertikaikan kewibawaan Laporan Bank Dunia dan penarafan, tetapi ia juga bergantung kepada laporan kewangan kerajaan Malayaia yang fakta kebenaran telah ditutup dan disorok olih kerajaan pimpinan najib razak. Buktinya apabila najib menegur kementerian kewangan yang telah memberitahu secara terbuka jumlah hutang negara yang mencecah 1 trilion dengan alasan ia akan menakutkan para pelabur. Bukanlah itu cubaan menipu dan menyorok fakta sebenar?
Negara Korea semasa kegawatan ekonomi pernah mewujudkan tabung utk membantu kerajaan menyelesaikan hutang, hasilnya kerajaan Korea telah dapat membayar semua hutang negara 3 tahun lebih awal. Untuk menunggu negara hampir muflis baru nak sebuk minta rakyat tolong adalah satu pandangan yg cetek oleh penasihat ekonomi. Jgn bunuh semangat patriotik yg ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Duit rampasan dari rumah menteri menteri kerajaan dahulu hendaklah digunakan utk membayar hutang negara.
Sedih kerajaan sebelum ni bnyak buat hutang yg merisaukan rakyat…nasib baik la jatuh klo tak tah berapa byak lg hutang dia tambah
Seriap Kerajaan ada cara mereka menunjuk cara kepimpinana dan keikhlasan mereka . Janganlah kita susah hati jika Kerajaaan PH nak buka tabung Harapan Malaysia .. biarlah ..jika Tan sri taknak donate tak payah ler.. ini adalah gaya Kerajaan pH menagani masalah mereka … kepada yang sudi beri.. berilah untuk manfaat Negara. Yang penting masalah selesai.. dan rakyat tahu kemana pergi duit tabung itu dan berpa yg ada setakat hari ini.
Dulu pun bila kita minta projek kerajaan banyak juga Kerajan lama minta duit untuk Tabung.. tapi Tabung tak nampak pun.. duit kita tetap kena keluar terutama utk keulusan permit pekerja asing.. semua rakyat berurusan tahu.. belum lahi kerja2 pembagunan dan JKR.