NEW YORK – Pegawai kanan kepada Kim Jong-un tiba di New York bagi membincangkan persidangan dengan Setiausaha Negara, Mike Pompeo.
Jeneral Kim Yong-chol tiba dari Beijing dengan menaiki pesawat Air China.
Beliau merupakan pegawai tertinggi di Korea Utara yang melawat Amerika Syarikat dalam tempoh hampir 20 tahun.
Pertemuan ini berlangsung selepas Presiden Donald Trump membatalkan pertemuannya dengan pemimpin Korea Utara yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jun di Singapura.
Jurucakap White House, Sarah Sanders berkata, kedua-dua pemimpin itu masih merancang untuk bertemu pada bulan depan.
“Seperti mana presiden memaklumkan, jika ia berlaku, kami pasti sudah bersedia,” kata Sanders.
Susulan perkembangan mutakhir itu, Rusia pula mengumumkan Menteri Luarnya, Sergei Lovrov akan melawat Korea Utara Khamis ini. – MalaysiaGazette