Home Nasional Kerajaan perlu bayar RM30j untuk siaran Piala Dunia 2018

Kerajaan perlu bayar RM30j untuk siaran Piala Dunia 2018

Gobind Singh

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukan sebanyak RM30 juta untuk menyiarkan perlawanan bola spak Piala Dunia 2018 di Rusia menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya telah mendapat tajaan sebanyak RM15 juta kos separuh bagi cadangan ini.

“Kita telah mendapat surat dari Sports Media and Distribution untuk penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia 2018 dengan kos keseluruhan RM30 juta.

“Cadangan Piala Dunia 2018 diluluskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya pada sidang media di sini hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Senanglah, siapa nak tengok piala dunia ini mereka boleh bayar subkritsi. Bukan semua rakyat gila piala ini. Macam tengok wayang di pangung wayang. Nak tengok cerita bola mesti bayar sendiri. Tak akan nak kerajaan bayar untuk sports entertainment pulak. Baik duit itu guna tolong keluarga Miskin, rumah bumbung rosak, kanak kanak makan yang lebih sihat dan seimbang.

    Tengok piala ini tak akan Kenyang perut atau berkhasiat pun.

Comments are closed.