Home Seni Hidup Media Prima pilih Girangnya Syawal

Media Prima pilih Girangnya Syawal

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) tidak melepaskan peluang menceriakan suasana atau mood raya melalui pelbagai program menarik terutamanya sepanjang minggu raya pertama dan kedua.
Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) tidak melepaskan peluang menceriakan suasana atau mood raya melalui pelbagai program menarik terutamanya sepanjang minggu raya pertama dan kedua.

KUALA LUMPUR – Bagi menyemarakkan sambutan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) telah meneruskan kempen Terima Kasih buat tahun kedua sebagai platform bagi penonton mengekspresikan penghargaan dalam bentuk perbuatan.

Kempen ini berlangsung secara menyeluruh menerusi perlantikan duta-duta dalam kalangan selebriti popular, siaran program-program TV yang menarik dan acara padang yang pastinya memberi manfaat kepada pengikut setia MPTN.

Istimewa sepanjang bulan Syawal, MPTN tidak melepaskan peluang menceriakan suasana atau mood raya melalui pelbagai program menarik terutamanya sepanjang minggu raya pertama dan kedua.

Seperti menjadi tradisi ketika Aidilfitri menonton televisyen bersama keluarga, penonton setia pastinya tertanya-tanya apakah program menarik yang bakal ditayangkan di TV3, TV9 dan ntv7.

Antaranya, telefilem-telefilem hebat khas sempena Aidilfitri, drama rantaian, variasi filem-filem pecah panggung dalam dan luar negara, program bual bicara dan majalah, serta program Raudhah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, MPTN, Johan Ishak, selain kunjung-mengunjung sanak-saudara ketika perayaan Aidilfitri, orang ramai pasti menantikan program televisyen yang membawa seluruh isi rumah duduk bersama di hadapan kaca TV dan bersantai beramai-ramai.

“Selaku platform nombor satu pilihan rakyat Malaysia, Rangkaian Televisyen Media Prima komited dalam memastikan kualiti program-program hiburan dan kekeluargaan sepanjang Syawal ini menjadi keutamaan kami.

“Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung acara padang, Bazar Terima Kasih & Jom Masjid yang sanggup meredah cuaca terik dan hujan demi memberi sokongan atas apa yang kami lakukan sepanjang satu hari di dua lokasi iaitu Sungai Petani, Kedah dan Melaka.

“Sumbangan pembelian juadah berbuka telah kami salurkan kepada rumah kebajikan yang terpilih bagi meringankan beban mereka,” kata pada sidang media semalam.

Telefilem esklusif di TV3 ini pastinya membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air .
Telefilem esklusif di TV3 ini pastinya membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air .

Johan menambah, tidak dilupakan program yang mengimarahkan masjid iaitu Jom Masjid apabila bersama-sama menyediakan juadah bubur lambuk untuk diagihkan secara percuma kepada komuniti setempat serta rakaman program Islamik dan sesi tazkirah yang  juga disiarkan secara atas talian di laman Facebook.

“Penat lelah anda dalam memberi sokongan tanpa prejudis terhadap kami amatlah kami hargai dan jangan lupa ekspresikan terima kasih kita antara satu sama lain agar terjalin erat hubungan silaturahim sesama insan sepanjang Syawal yang riang ini,” katanya.

Sementara itu, tidak meriah Syawal tanpa program-program menarik menemani anda kerana telemovie hebat yang bakal disiarkan di TV3 sempena Aidilfitri antaranya Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Raya, Istana Firdaus, Senarai Raya Papa, Bahulu Untuk Opah, Baju Raya Eksklusif, Di Penghujung Sujud, Wan Peah Balik Beraya, Din Sardin Beraya, Mak Cun Pi Amerika Lagi, Pendosa Ingin Ke Syurga, Mentari, Selirat dan Taubatku.

Telefilem esklusif di TV3 ini pastinya membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Azrel Ismail, Janna Nick, Zul Ariffin, Shukri Yahaya, Remy Ishak, Scha Al Yahya, Izzue Islam, Erma Fatima, Azizah Mahzan, Sherry Al- Hadad, Ayda Jebat, Umie Aida, Emma Maembong, Kazar Saisi, Raysha Rizrose, Dato’ Rosyam Nor dan ramai lagi.

Bagi peminat drama rantaian di TV3, nantikan drama-drama menarik di slot Dahlia, Cik Sempurna, slot Akasia, Jangan Benci Cintaku dan drama hangat kegilaan rakyat Malaysia, Andainya Takdir 2.

Tidak dilupakan filem-filem hebat seantero dunia dan filem tempatan yang tidak pernah bosan ditonton berulang kali, apatah lagi bersama keluarga dan sanak-saudara. TV3 menampilkan filem-filem blockbuster seperti J Revolusi, Mael Lambong, Mission Impossible ll, Jangan Pandang-Pandang, Kabhi Kushi Kabhie Gham, Boboiboy The Movie, Senjakala, Captain Amerika: The First Avenger, Niyang Rapik, The Avengers, Real Steel, Jurassic Park III, Abang Long Fadil, Kuch Kuch Hota Hai, dan Mission Impossible lll

Selain itu, program hiburan turut menemani anda sepanjang minggu pertama raya. Selebriti dan penyanyi   seperti Khai Bahar , Elly Mazlein, Jamal Abdillah, Hael Husaini, Hazama, Dayang Nurfaizah Shuib, Siti Sarah, Erra Fazira dan ramai lagi membuat penampilan dalam program-program hiburan khas seperti Maid Raya, Melodi Raya, Bintang Bersama Bintang Raya, Sherry Show Special,  Muzik Muzik Raya dan Konsert Emoji.

Tidak dilupakan adalah program Raudhah yang membawakan program istimewa, Jejak Rasul Ulul Azmi dan program Gaya Hidup, Istimewa Majalah 3, 1,2, Bakar Raya, Borak Kopitiam Raya Special, dan Misi K secara eksklusif di TV3.

Sementara itu di TV9, para penonton setia boleh menonton program Raudhah seperti Tanyalah Ustaz  Raya, Singgah Tanyalah Ustaz dan Tanya Apa Saja. Tidak sempurna raya tanpa barisan filem hebat yang boleh ditonton segenap peringkat umur. TV9 juga tidak mahu melepaskan peluang menarik penonton ke kaca TV. Antara filem antarabangsa yang bakal disiarkan adalah Despicable Me 2, Fast & Furious 6, Oblivion dan Jai Ho.

Saluran hip dan segar, ntv7 juga ingin membawa penonton mengamati segenap perasaan dalam telemovie aidilfitri yang bakal ditayangkan bermula hari raya pertama sehingga raya keenam. Antaranya adalah Wish List Raya, Syawal Mencari Cinta, One Last Raya Bersama dan Cruise Cinta Lebaran.

Bagi anda yang meminati filem sains fiksyen dan aksi, boleh menonton filem Tron: Legacy, Guardians Of The Galaxy, Captain America: The Winter Soldier, G-Force, I Am Number Four, Die Hard, Die Hard II di samping filem tempatan seperti Istanbul Aku Datang, Upin & Ipin – Geng: Pengembaraan Bermula dan By My Side.

Program bual bicara Feel Good Show Raya bakal menemui anda pada pagi raya pertama dan kedua bersama hos-hos popular seperti Nana Al Haleq, Erwin Dawson, Keanu Azman, Sugeeta, Aaron Al-Fateh, Megan Tan, Razif Hashim, Thevanesh dan Miasara Ahmad.

ntv7 juga membariskan tujuh program hiburan yang terbaik untuk anda sepanjang minggu pertama raya bagi anda yang berjiwa muda. Tujuh program tersebut adalah It’s Alif! Raya, Socialit, Drop the Beat Special, Family Showdown Raya, Pop! Express, Pop! TV, dan Pop! Rumble. – MalaysiaGazette

+ posts