Sempena Aidilfitri penjawat awam gred 41 dan ke bawah akan menerima bantuan khas RM400 manakala pesara pula bakal memperoleh RM200, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, bantuan khas itu diberikan selepas kerajaan memperkukuhkan kedudukan kewangan negara menerusi langkah penjimatan perbelajaan yang diumumkan minggu lalu.