Home Politik Tiga pemuda UMNO tawar diri bertanding jawatan tertinggi

Tiga pemuda UMNO tawar diri bertanding jawatan tertinggi

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan jawatan parti itu.

Perkara itu disahkan sumber terdekat dengan Ahli Parlimen Rembau itu.

Ia sekaligus menafikan desas-desus bahawa Khairy akan bertanding bagi jawatan Presiden atau Timbalan Presiden UMNO.

Pada 22 Mei lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebulat suara bersetuju supaya semua jawatan di peringkat tertinggi parti itu dipertandingkan.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun (Azwan Bro) mengumumkan penawaran dirinya sebagai calon Ketua Pemuda pergerakan itu.

Khairul Azwan Harun

Beliau berkata, selaku seorang Senator dan pengalaman sebagai Naib Ketua beserta sokongan akar umbi, beliau mampu membawa agenda pembaharuan kepada parti.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah turut memaklumkan beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT).

Katanya, langkah tersebut diambil bagi membantu parti keramat itu bangkit daripada kekalahan dan kembali teguh sebagai sebuah parti keramat Melayu.

Armand Azhar Abu Hanifa

“Insyaallah kita sama-sama bangkit dengan semangat dan iltizam baru agar UMNO pulih dan kembali mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat,” ujarnya menerusi kenyataan. – MalaysiaGazette