Home Seni Hidup Syafiq bertuah diuji Allah, kata Noorkhiriah

Syafiq bertuah diuji Allah, kata Noorkhiriah

Syafiq Kyle. Foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Pelakon Noorkhiriah berpendapat Syafiq Kyle bertuah kerana diberi ujian yang menandakan Allah sangat sayang kepada pelakon berkenaan.

Pada masa sama, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie ini berharap Syafiq mengambil segala dugaan itu dari sudut positif.

“Secara peribadi hormat Syafiq terhadap sesama sendiri sangat tinggi dan anak ni sangat baik. Maka apa saja yang terjadi sama ada betul atau tidak, beruntunglah kerana diuji. Itu tandanya Allah sangat sayang.

“Kerana beliau sangat disayangi ramai. Barangkali Allah tak nak beliau tersilap langkah. Apa sahaja yang diuji Allah ambil dari sudut positif,” kata Noorkhiriah.

Noorkhiriah berkongsi perkara itu menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto hari pertama penggambaran drama Nur bersama Syafiq.

Menerusi drama tersebut, Noorkhiriah memegang watak sebagai Aishah iaitu kakak kepada Ustaz Adam lakonan Syafiq.

Drama Nur sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

Selain Noorkhiriah dan Syafiq, ia turut menampilkan pelakon seperti Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Azhan Rani. – MalaysiaGazette