KUALA LUMPUR – Bonda Sultan Johor, Yang Amat mulia Enche Besar Hajah Khalsom Abdullah, 70, dilaporkan mangkat di London pagi ini.
Facebook Johor Southern Tiger memuatnaik status: “Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Johor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 1hb Jun 2018. Al-Fatihah”.
Laman itu bagaimanapun, tidak menyatakan maklumat lanjut mengenai kemangkatan bonda Sultan Johor itu.
Pada masa sama, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar turut memaklumkan mengenai kemangkatan bondanya menerusi Twitternya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, ibu saya Hajjah Kalthom baru kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.
“Semoga Allah menerima semua kebaikan boda saya, mengampunkan dosanya dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Allahuakbar. Al-Fatihah,” tulis baginda.
Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim turut menulis melalui Instagramnya, menyatakan baginda merindui nendanya itu. – MalaysiaGazette