Home Dunia Enam polis trafik dibunuh dengan kejam di Mexico

Enam polis trafik dibunuh dengan kejam di Mexico

MEXICO CITY – Keganasan yang dilakukan oleh ‘ahli kongsi gelap’ di Mexico seolah-olah tidak berkesudahan apabila kali ini bertindak menembak mati enam anggota polis trafik di ibu kota Salamanca, Mexico petang semalam.

Agensi melaporkan, ini merupakan antara serangan paling dasyat terhadap pasukan keselamatan negara sejak akhir-akhir.

Keberanian sekumpulan ahli kongsi gelap yang terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah dan salah di sisi undang-undang serta kebal menyebabkan pihak berkuasa buntu.

Menurut laporan Reuters, sebuah video yang menjadi viral ketika ini dan telah disiarkan di televisyen tempatan Mexico menunjukkan enam anggota polis sedang menjalankan pemeriksaan rutin sebelum secara tiba-tiba di serang oleh sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kenderaan putih.

Seorang anggota yang enggan dikenali mendedahkan, secara tiba-tiba kumpulan lelaki ini melepaskan tembakan rambang seblum embunuh keenam-enam anggota yang mengelupar dan mati ketika ini.

“Sangat mengerikan, insiden ini antara yang paling menakutkan dan dasyat membabitkan anggota keselamatan.

“Setakat ini, motif kejadian masih lagi di siasat, tetapi aktiviti keganasan dan jenayah yang dilakukan oleh segelintir konsi gelap memang menggangu fikiran,” katanya.

Stesen penyiar tempatan, Broadcaster Televisa melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lelaki bersenjata menaiki sebuah kereta putih melepaskan tembakan ke arah mangsa yang tidak bersenjata sebelum melarikan diri.

Kes pembunuhan beramai-ramai mencapai tahap tertinggi hujung tahun lalu di Mexico dan dikatakan semakinmeningkat tahun ini. – Malaysia Gazette