Home Nasional Nafas digantung Perlembagaan

Nafas digantung Perlembagaan

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas)

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) digantung perlembagaannya berkuatkuasa semalam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Lembaga Pertubuhan Peladang, berdasarkan kepada Laporan Audit Nafas dan pengauditan 26 Mac hingga 6 Aprlil lalu mendapati, pertubuhan itu menghadapi masalah serius dalam barisan kepimpinan Ahli Jemaah Pengarah dan pengurusan dari segi kompetensi kebertanggungjawabanserta ketelusan dalam pengurusan hal ehwal Nafas.

“Oleh itu Pendaftar melalui kuasa-kuasa yang peruntukkan di bawah Seksyen 20(1) Akta 109 dengan ini mengisytiharkan Nafas digantung perlembagaan berkuatkuasa 1Jun 2018.

“Dalam tempoh penggantungan Ahli Jemaah Pengarah dan pihak pengurusan Nafas tidak mempunyai kuasa seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Nafas,” katanya.

Katanya, bagi menguruskan hal ehwal Nafas sepanjang tempoh penggantungan ini Pendaftar Pertubuhan Peladang melantik Pentadbir di bawah Sekysen 32 Akta 109. – MalaysiaGazette