Home Nasional Zahid rai MT UMNO berbuka puasa

Zahid rai MT UMNO berbuka puasa

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) bersalaman dengan sebahagian ahli majlis UMNO pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Tertinggi UMNO di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 03 JUN 2018

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memangku tugas-tugas Presiden UMNO malam ini meraikan ahli dan Ahli Majlis Tertinggi berbuka puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Terdahulu, Ahmad Zahid menyampaikan amanat kepada kumpulan Cybertrooper Barisan Nasional serta Biro IT UMNO yang berlangsung secara tertutup.

Ahmad Zahid selepas itu mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Bahagian UMNO bagi mendapatkan maklumat situasi dan perkembangan terkini di kawasan masing-masing.

Beliau kemudiannya menunaikan solat Maghrib secara berjemaah serta solat sunat Tarawih. – MalaysiaGazette